Kami di Jualan Terkini Blogspot menawarkan :
1. Harga Berpatutan
2. Produk Berkualiti & Original
3. Produk tempahan dijamin 110% sampai ke tangan anda!
4. Berminat untuk Beli? Sila hubungi (email atau tell/sms)
5. Khidmat layanan yang Pantas & Aktif sama ada email atau sms
6. Dropship diperlukan

*Menerima Tempahan 24Jam

*Sila sms/email sekiranya ingin bertanya soalan tentang cara beli(klik) atau ingin mendapatkan harga produk sekiranya membeli produk yang tidak termasuk postage,*sekiranya produk tersebut adalah free pos dan harga adalah seperti berikut,untuk kepastian sila berhubung.

"Sekiranya produk tiada dalam Blog ini sila Hubungi kami kerana ada juga produk yang tidak sempat di Update,Walau apapun kami akan update dari masa ke semasa"

INFO PEMBELIAN : Selepas membuat pembayaran,sila dapatkan respon daripada samaada melalui hp atau email,pastikan anda menerima no tracking dalam masa jam 6pm atau paling lewat adalah malam

INFO MEMBER(DROPSHIP) :
website akan dilancarkan paling lewat pada 06/06/2012
Ciri2 : Pengiraan barangan + postage secara auto samada di pos ke sem atau s/s (utk agent brunei sila sms atau pm), harga dipublish kepada agent sahaja dan website hanya utk agent sahaja,mempunyai invoice untuk setiap pesanan,Data2 tempahan disimpan dalam ruangan persendirian agent tersebut unlimited,
Keseronokan : mampu membuat pengiraan total costing secara mudah 24jam,tanpa menggunakan caculator dan info poslaju,anda hanya perlu ada akses INTERNET dan mula berniaga dimana sahaja!.


STOK HABIS MINGGU INI :
Tiada



Cara Buat Blog

Buat Blog Percuma Dengan Blogspot

Cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
Blogger
Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
Blogger
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Contoh sidebar yang dihasilkan:
bloggero-06

Ok, Sampai di Sini Dulu

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^


Petikan dan Tutorial diatas dipetik daripada  :  www.SembangKomputer.com 
Tq daripada JT..semoga pelbagai lagi blogger/blogshops didalam dunia syber.