Soalan Lazim
Orang yang sesuai bersauna adalah seperti berikut:-
1. Semua orang yang sihat.
2. Orang yang tiada masa pergi bersenam.
3. Orang yang lepas bersalin.
4. Orang yang ingin membuang lemak berlebihan di badan.
(bagi orang yang ada penyakit seperti darah tinggi yang serius, sila dapatkan nasihat doktor)
2) Bolehkah kanak-kanak bersauna?
Boleh, bagi kanak-kanak yg berumur 10 tahun keatas dan ada masalah dengan berat badan (obesiti).
3) Saya mengandung, bolehkah saya bersauna?
Tidak boleh. Bahaya untuk bayi dalam kandungan.
4) Semasa datang bulan (period) bolehkah saya bersauna?Boleh, tetapi mengikut keselesaan masing-masing.
5) Ibu saya selalu mengalami masalah kebas-kebas terutama pada waktu pagi, bolehkah dia bersauna?
Sangat digalakkan, kerana bersauna boleh melancarkan peredaran darah.
6) Bolehkah orang yang ada sakit jantung bersauna?Tidak boleh, kerana bersauna akan menyebabkan jantung kita bergerak dengan laju.
7) Bolehkah saya bersauna pada setiap hari?Tidak digalakkan, dalam seminggu kita hanya digalakkan bersauna tiga kali sahaja.
8) Bolehkah dengan bersauna dapat membuang lemak dan menguruskan badan?
InsyaAllah boleh, tetapi dengan satu syarat, kena kurangkan pengambilan makanan yang ada kaborhidrat tinggi seperi nasi, roti, kek dan sebagainya. Banyakkan meminum air kosong selepas bersauna.
9) Bilakah waktu yang sesuai untuk saya bersauna?
Bila-bila masa anda free, sebaiknya sebelah petang setelah anda selesaikan semua kerja-kerja anda.
10) Bolehkah orang lelaki bersauna?
Boleh, tetapi tidak galakkan selalu, sila pakai tuala semasa bersauna.
11) Apakah perkara yang patut saya lakukan selepas bersauna?
Perkara yang patut anda lakukan selepas bersauna adalah seperti berikut:-
1. Keringkan peluh dibadan anda (lapkan).
2. Jangan berkipas atau duduk dibawah kipas angin syiling.
3. Anda boleh mandi selepas setengah jam kemudian.
12) Kenapa Set Sauna Di Rumah tiada kerusi?
Banyak kelebihan sauna tanpa kerusi. Set sauna di rumah design baru ini tiada kerusi kerana ianya di reka khas untuk mudahkan anda bawa kemana-mana, ianya mudah dipasang dan disimpan, selamat, ruang dalam sauna lebih luas dan menjimatkan masa. Anda boleh letakkan semua jenis kerusi untuk duduk sementara semasa bersauna. Anda juga boleh betulkan posisi kerusi untuk keselesaan anda. Lebih baik jika guna stool (kerusi plastik bulat tiada penyandar).
13) Susah ke nak jaga set sauna ni?
Set sauna kami Free Maintenance iaitu tak perlu dibasuh. Untuk menjaga kebersihan sauna, sila lapik kain di bawah kerusi dan sekitar leher (guna tuala good morning). Ini untuk memastikan peluh anda tidak kena pada set sauna. Selepas bersauna, buka sedikit zip kiri dan kanan dan letak di bawah kipas & spray sedikit Febreeze (anti bakteria) yang terdapat di Gedung Membeli-Belah. Set sauna anda bukan sahaja bersih tapi wangi. Kalau terkena kotoran, tak perlu basuh semua set sauna, hanya gosokkan dengan sabun kawasan yang kotor dan lapkan sahaja.
SETIAP HARI POS,PERMINTAAN TINGGI!
Get Update! promosi & lebih diskaun sila Sms/WhatsApp...
Kurier PickUp Parcel Setiap Hari
Kecuali Ahad
Syarikat Kami Menggunakan Kurier Berdaftar
Bank In Sebelum Jam 2.00pm
Penghantaran Akan Dibuat Pada Hari Yang Sama
Kebiasaanya Parcel Akan Sampai 1-3Hari Bekerja Paling Cepat
Bungkusan dibalut serta Bubble Wrap@Kotak
Pada parcel kami tidaklah menulis nama item tempahan
Tag :
Soalan Lazim Set Sauna