Syampu Hijab merupakan formulasi istimewa khusus untuk wanita bertudung. Ia diadun menggunakan Habbatus Sauda dan Argan bersama pelbagai jenis herba semulajadi yang dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.
Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.
Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.
KEBAIKAN SYAMPU HIJAB
- Memelihara kelembapan rambut
- Membantu menguatkan rambut dari akarnya
- Menggalakkan pertumbuhan rambut
- Mencegah masalah rambut gugur
- Mengatasi masalah kelemumur
- Mengatasi masalah rambut bercabang
- Mengatasi masalah rambut kering dan kusut
- Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada rambut dan kulit kepala
- Membantu mengatasi masalah uban
- Mencegah masalah kegatalan pada kulit kepala
- Mencegah masalah kegatalan dan kulit kepala yang kering
- Melindungi rambut anda daripada kerosakan
- Menyerlahkan warna asal rambut
- Menjadikan rambut anda tampil lebih lembut dan bermaya
- Memberikan keharuman dan kesegaran yang berpanjangan buat rambut anda
KANDUNGAN SYAMPU HIJAB
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah mampu mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala. Di samping itu, Habbatus Sauda juga berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya serta menggalakkan pertumbuhan rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut.
Argan: Minyak Argan tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya serta berupaya menyerap ke dalam folikel rambut bagi menjadikan rambut anda lebih subur dan lebat. Ia juga kaya dengan vitamin E dan Omega-3 yang mampu mengatasi masalah rambut rosak akibat pencemaran dan pancaran ultraviolet (UV) serta mengekalkan kehalusan dan kelembapan rambut sekaligus mengatasi masalah rambut kering dan kusut.
Ginseng: Akar ginseng sering digunakan dalam rawatan tradisional Cina bagi membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Selain itu, ia juga dapat membantu melebatkan rambut seterusnya mengatasi masalah rambut gugur.
Arnica Montana: Arnica Montana merupakan tumbuhan berbunga yang berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur. Ia turut berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, menyingkirkan minyak dan sebum dari kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan kegatalan serta memelihara kelembutan rambut anda. Malah, ramuan ini juga dapat membantu merawat masalah uban dan rambut bercabang.
Sage (Salvia Officinale): Tumbuhan yang berasal dari Mediterranean ini berupaya menguatkan rambut dari akarnya sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur. Ia juga mampu memberikan nutrisi terhadap folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerlahkan warna asal rambut.
Watercress (Nasturtium Officinale): Watercress atau selada air berupaya mengekalkan kelembapan kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan jangkitan kuman pada kulit kepala, mencegah masalah rambut gugur serta menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menjadikan rambut anda lebih subur dan bermaya.
Protein Soya: Ramuan ini kaya dengan sumber protein dan asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida, melembap dan menghaluskan rambut anda serta melindungi kerosakan rambut akibat sinaran UV.
Oat Hitam (Avena Strigaso): Oat hitam yang berasal dari Eropah ini berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut, mencegah masalah kegatalan dan kulit kepala yang kering serta mengatasi masalah kelemumur. Malah, ia juga terbukti mampu menanggalkan kesan minyak, sebum dan kotoran mencegah masalah keguguran serta membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
CARA PENGGUNAAN SYAMPU HIJAB
- Basahkan rambut terlebih dahulu.
- Ratakan Syampu Hijau pada seluruh rambut.
- Biarkan selama 1-2 minit dan bilas sehingga bersih.
- Untuk kesan yang maksimum, gunakan bersama Tonik Lebat Jamu Jelita.
Percuma Tonik Lebat dengan setiap pek pembelian.
SETIAP HARI POS,PERMINTAAN TINGGI!
Get Update! promosi & lebih diskaun sila Sms/WhatsApp...
Kurier PickUp Parcel Setiap Hari
Kecuali Ahad
Syarikat Kami Menggunakan Kurier Berdaftar
Bank In Sebelum Jam 2.00pm
Penghantaran Akan Dibuat Pada Hari Yang Sama
Kebiasaanya Parcel Akan Sampai 1-3Hari Bekerja Paling Cepat
Bungkusan dibalut serta Bubble Wrap@Kotak
Pada parcel kami tidaklah menulis nama item tempahan