SHIPPING TO MALAYSIA SINGAPORE BRUNEI

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH
KAMI MERUPAKAN PEMBEKAL DAN PEMBORONG PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN, WUJUD NYA BLOGSHOP INI ADALAH UNTUK MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN DAN MEMUDAHKAN PEMBELI YANG JAUH SERATA DUNIA - KINI BELI ONLINE PUN BOLEH!

Setiap item ada diskaun!! 30% 35% 40% 50% yey!

Ribuan Terima Kasih kerana sudi singgah dan membeli produk dengan kami, Sukar mencari item?? Kami sedia membantu
WhatsApp : 0172644599

ABOUT


Urusniaga : 9am - 9pm
Hotline : Tel/Sms/WhatsApp : 017-2644-599 atau Email (borang dibawah)
Facebook.com Klik di Sini FREE Chat Facebook

Pembayaran :

Oversea Payment

Accept Order :


Dapatkan harga tawaran sila sms/WhatsApp
Pembelian Online dibuka!
Jaminan pembukusan Sulit & Selamat!

INFO PEMBELIAN :
Selepas membuat pembayaran,sila dapatkan respon daripada saya sama ada melalui hp atau email

NO Tracking WhatsApp/sms



PEARL WHITE PINKY PLUS 400GM PASARAN RM39.90


Pearl White Pinky Plus merupakan formulasi istimewa yang menggabungkan khasiat kolagen bersama adunan buah-buahan seperti sel stem epal, goji, maquiberi dan acerola yang dapat membantu anda memiliki kulit yang tampil lebih cerah, anjal, mulus dan menawan sekaligus membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh.

KHASIAT PEARL WHITE PINKY PLUS

Menjadikan anda tampil lebih anggun dan awet muda dari dalam
Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
Mencerahkan kulit wajah dan seluruh tubuh badan
Mengatasi masalah pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata
Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
Mengatasi masalah kulit kering, kasar dan kusam
Memudarkan kesan parut
Membantu mempercepatkan pemulihan luka
Mengecilkan liang pori agar kulit anda tampil lebih halus dan sempurna
Mengatasi masalah radang, jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam serta kesan rekahan
Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV)
Turut berupaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan secara menyeluruh
KANDUNGAN PEARL WHITE PINKY PLUS

Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus memelihara kehalusan kulit. Di samping itu, strawberi turut berupaya mencerahkan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.

Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan sel kulit di samping bertindak membina sel kulit yang lebih sihat. Ia juga berperanan menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit.

Sel Stem Epal: Sel stem merupakan sejenis sel yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Sel stem yang terkandung di dalam buah epal berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.

Astaxanthin: Astaxanthin adalah sejenis karotenoid atau pigmen yang boleh diperoleh daripada yis, ikan salmon dan udang. Astaxanthin merupakan antara agen antioksidan yang berkesan dalam rawatan kecantikan kulit. Di samping membantu mencegah radang dan radikal bebas seterusnya melambatkan proses penuaan, astaxanthin turut berupaya melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Ia turut berupaya mencegah serta mengatasi masalah kedutan dan kesan terbakar akibat pancaran cahaya matahari selain mengurangkan melanin atau pigmen di dalam lapisan kulit sekaligus membantu mengatasi masalah jeragat.

Kulit Kayu Pain: Kulit kayu pokok pain mengandungi sebatian pycnogenol yang menggalakkan penghasilan asid hyaluron bagi membantu memelihara tisu kulit serta mengatasi masalah kulit kering. Ia juga terbukti dapat melambatkan proses penuaan seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan kulit anda.

Biji Anggur: Biji anggur mempunyai sifat astringen yang tinggi bagi menegangkan kulit selain bertindak mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.

Manggis: Manggis sememangnya kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi mencegah kerosakan sel, menentang proses penuaan dan serangan kanser, di samping membantu mengatasi masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit kering serta menggalakkan pemulihan sel kulit seterusnya membantu memelihara kehalusan dan kecantikan kulit.

Zaitun: Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

Acerola: Buah acerola mengandungi vitamin A dan C, agen antioksidan yang bukan sahaja mampu melindungi tubuh daripada kerosakan sel, malah berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan seterusnya menjadikan kulit anda tampil lebih tegang, anjal dan remaja.

Hawthornberi: Hawthornberi tinggi kandungan antioksidan dari sumber vitamin dan mineral yang mampu melambatkan proses penuaan di samping berkesan untuk mempercepatkan pemulihan  luka serta membantu mengatasi masalah radang. Malah, ia juga berupaya meningkatkan tahap kecergasan jasmani, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.

Maquiberi: Maquiberi ternyata tinggi kandungan antioksidan yang dapat menentang proses penuaan serta kerosakan kulit akibat radikal bebas dan sinaran UV. Ia bertindak mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.

Lycopene: Lycopene merupakan sebatian organik yang tergolong dalam kumpulan karotenoid dan berfungsi sebagai pigmen merah yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia tinggi kandungan antioksida bagi mengukuhkan sel membran sekaligus membantu menyingkirkan toksin dan mengekalkan kandungan nutrien di dalam tubuh. Lycopene juga baik untuk kulit di mana ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari dan radiasi ultraviolet (UV) sekaligus mengekalkan keremajaan kulit.

Roselle: Roselle tinggi kandungan vitamin A dan C yang kaya dengan kebaikan antioksidan bagi mengatasi kerosakan dan proses penuaan kulit. Malah, roselle juga mampu mempercepatkan pemulihan luka di samping bertindak melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari serta menguatkan sistem imunisasi bagi menentang serangan penyakit.

Tomato: Buah tomato kaya dengan kandungan vitamin A dan C yang bertindak sebagai antioksidan bagi menentang proses penuaan serta kerosakan kulit akibat radikal bebas dan sinaran UV. Ia juga ternyata berkesan untuk mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit serta membantu merawat pelbagai jenis masalah kulit seperti jerawat, eczema dan psoriasis. Malah, tomato juga berupaya mengawal penghasilan sebum atau minyak di dalam lapisan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah liang pori yang tersumbat serta tona kulit yang tidak sekata.

Goji: Di samping membekalkan khasiat untuk kesihatan tubuh badan, Goji juga berupaya menjadikan kulit anda tampil lebih sihat dan berseri di samping mengekalkan kehalusan kulit dengan bantuan vitamin E yang terkandung di dalamnya. Goji yang bersifat antioksidan turut membantu mengukuhkan sel kulit, mencegah daripada kerosakan sel dan mengatasi masalah selulit serta memperlahankan proses penuaan kulit.

Acaiberi: Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkirkan kesan parut serta menjadikan kulit anda tampil lebih muda dan berseri.

Garcinia Cambogia: Buah yang bersifat antioksidan ini mampu mengurangkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit di samping menyihat dan mencantikkan kulit.

Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan yang dapat mencegah serangan penyakit mahupun kanser. Ia juga dapat menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit serta menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.

CARA PENGGUNAAN PEARL WHITE PINKY PLUS

Campurkan 1 sudu Pearl White Pinky Plus bersama 150 ml air.
Kacau dengan sudu atau goncang menggunakan shaker yang disediakan.
Amalkan 15 minit sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.

KANDUNGAN : 400 GRAM




JT





. .
SETIAP HARI POS,PERMINTAAN TINGGI!
Get Update! promosi & lebih diskaun sila Sms/WhatsApp...

Kurier PickUp Parcel Setiap Hari
Kecuali Ahad
Syarikat Kami Menggunakan Kurier Berdaftar

Bank In Sebelum Jam 2.00pm
Penghantaran Akan Dibuat Pada Hari Yang Sama
Kebiasaanya Parcel Akan Sampai 1-3Hari Bekerja Paling Cepat

PRIVASI ANDA KEUTAMAAN KAMI
Bungkusan dibalut serta Bubble Wrap@Kotak
Pada parcel kami tidaklah menulis nama item tempahan
Pada maklumat parcel hanya ditulis Produk
Back To Top